Jumaat, 2 April 2010

PENGAJIAN AL-QURAN

Assalamualaikum WBT..

Pengajian Qira'at al-Quran yang diajar oleh SF. Ustaz Syeikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi adalah sanadnya bersambung kepada Sayyid Muhammad bin Idris al-Idrisi al-Hasani hingga kepada Imam Suyuti hingga Imam Hafsh al-Kufi, begitu jugalah sanad pengajian tafsirnya sampai kepada Imam Suyuti, akan tetapi beliau mengajar kepada ikhwan akan Tafsir Ibnu Katsir, maka sanad pengajiannya sampai kepada Imam Ibnu Katsir. Pengajian ini hanya dikhususkan kepada orang-orang dewasa sahaja.
Manakala pengajian untuk kanak-kanak 4 tahun hingga 12 tahun dipimpin oleh al-Fadhilah Ustaz Norazura binti Ibrahim dalam pembelajaran ilmu-ilmu al-Quran, Qira'at, Tahfiz, Iqra dan sebagainya. Untuk keterangan hubungi di talian: 013-6111706 atau datang ke pejabat urusan Darul Ansar di: NO. 16-1, JALAN BP 1, TAMAN BERTAM PERDANA, 75200, PULAU GADONG, MELAKA.
"Sebaik-baik kalian ialah mereka yang belajar ilmu al-Quran dan mengajarinya."
-Maksud Hadith Rasulullah SAW.-

Khamis, 1 April 2010

PENDAFTARAN PENGAJIAN AL-QURAN

Assalamu'alaikum WBT..

Makluman kepada sekalian muslimin dan muslimat, kemasukan dan pengambilan pelajar untuk 5 tahun hingga 12 tahun bagi kelas Tahfiz, Iqra', KAFA masih dibuka lagi bagi masyarakat sekitar negeri Melaka.

Juga masih dibuka pengambilan penuntut dewasa untuk pengajian Tafsir Al-Quran Imam Ibnu Katsir dan pengajian Tajwid al-Quran riwayat Imam Hafsh al-Kufi secara bersanad dan berijazah masih lagi dibuka.

Borang boleh didapati melalui pengarah Pusat Pengajian Dan Tahfiz Al-Quran Darul Ansar: Ustazah Norazura binti Ibrahim di talian 013-3024807 atau 013-6111706 atau hubungi Ustaz Hj Muhammad Rajab Akmal di talian: 012-6417300.

Atau datang terus ke pejabat:

No. 16 & 16-1, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana, 75200, Pulau Gadong, Melaka.

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PUSAT PENGAJIAN DAN TAHFIZ AL-QURAN DARUL ANSAR

Assalamualaikum WBT...

Selamat datang ke laman rasmi Pusat Pengajian Dan Tahfiz Al-Quran Darul Ansar. Sebuah pusat pengajian yang dinaungi oleh Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia http://darulansarmalaysia.blogspot.com
Dan juga dinaungi oleh Muassasah Darul Ansar.
Menyediakan kelas pengajian al-Quran untuk dewasa dan kanak-kanak. sila hubungi talian: 013-6111706 atau 012-6417300.